
- JBS Perak
- Hits: 99
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN PENGAMBILAN KADET PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK ZON UTARA SELESAI
- JBS Perak
- Hits: 99
SUNGKAI, 28 April 2025 - Telah berlangsung sesi bagi hari terakhir Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Tahun 2025 yang telah bermula dari 21 April 2025 yang lalu bertempat di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak.
Terdahulu, Penolong Pengarah Kanan JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh turut berkesempatan untuk hadir bagi meninjau persiapan dan proses pelaksanaan UKJK yang dilakukan kepada 67 orang calon kadet pada hari terakhir sesi penilaian.
Pihak Jabatan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SPA di atas kepercayaan kepada para penguji JBS Perak di dalam mengendalikan proses UKJK kepada calon pengambilan kadet PTD 2025 Zon Utara. Selamat maju jaya juga diucapkan kepada semua calon yang hadir kerana telah berjaya mengharungi semua komponen ujian dengan jayanya.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#UKJK
#KadetPTD2025