- JBS Perak
- Hits: 93
PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN HADIR ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI TAHUN KETIGA DEWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KE-15 DI BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN
- JBS Perak
- Hits: 93
15 April 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Dalam titah baginda, golongan belia, pelajar, institusi pendidikan, badan-badan bukan kerajaan, masjid, surau dan rumah-rumah ibadat disarankan supaya berada di barisan hadapan bagi membantu menjayakan program kelestarian alam.
Selain itu, baginda juga menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang dijalinkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian dan Yayasan Perak yang membantu mengimarahkan masjid serta memperluaskan peranan masjid. Baginda berharap agar lebih banyak program diadakan bagi menarik minat dan penyertaan lebih ramai golongan belia antaranya dalam subjek ekonomi, pelaburan, kesihatan, pemakanan, perubatan, pendidikan, riadah, seni mempertahankan diri dan alam sekitar.
Dalam aspek sukan pula, baginda ingin melihat agar aktiviti sukan dapat disemai dari usia muda agar generasi yang sihat dapat dihasilkan dan membantu melahirkan tenaga kerja yang produktif serta dapat mengurangkan beban tanggungan perbelanjaan perubatan keluarga dan negara.
#MalaysiaMadani
#JBSNKomited
#jbsnperak