TAPAH, 27 April 2025 - Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengadilan Bola Tampar Dewan telah diadakan pada 27 April 2025 yang dihadiri oleh Pegawai Belia Sukan Daerah Batang Padang; En Megat Hafizal Ahmad serta Pen Peg Belia Sukan Daerah En Aniq Nazmi Zulkifli serta Pengerusi VOTAC.
Kursus anjuran Pej Belia Sukan Daerah Batang Padang dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah, Kelab Bola Tampar Daerah Tapah, PAVA & MAVA dibawah Pengerusi Teknikal Pengadilan Bola Tampar Malaysia ini telah berlangsung selama 4 hari di Kompleks Sukan Tapah yang dihadiri seramai 29 orang peserta dari sekitar Negeri Perak, Pulau Pinang & Pahang. Kursus ini julung kali diadakan di negeri Perak pada tahun ini, dimana tahun terakhir kursus pengadilan diadakan adalah pada tahun 2017 yang lalu.
Harapan dari kursus ini, semoga ianya akan dapat melahirkan pengiat sukan terutama sukan bola tampar dari segi kepengadilan & teknikal serta berharap bakal pengadil yang diatauluahkan akan dapat menambur bakti dalam sukan tersebut. Tahniah & syabas buat semua peserta & Kelab VOTAC dalam penganjuran ini.
#Pbsdtapah
#komplekssukantapah
#Badang
#JBSPerak
#JBSNKomited
#votac
#MalaysiaMadani