PERKONGSIAN MAKLUMAT PENUBUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA (SRM) IPT DI KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH NEGERI PERAK

25 Februari 2025- Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Negeri Perak telah menerima pelawaan JBS Perak bagi perkongsian maklumat penubuhan SRM IPT yang bertempat di Kolej Komuniti Chenderoh Kuala Kangsar. Seramai 19 orang pegawai dari seluruh kolej Komuniti telah hadir mewakili Kolej masing-masing. Perkongsian ini juga merupakan rentetan pelawaan YBhg Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Puan Azura binti Abidin semasa sesi lawatan rasmi beliau pada 23 Disember 2024 yang lalu di Kolej Komuniti Sungai Siput . Team Rakan Muda Perak telah hadir bagi menyantuni perkongsian maklumat ini. Pihak Pengurusan JBS Perak di bawah kepimpinan YBrs Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan sentiasa menyokong serta mengalu-alukan mana-mana IPT yang berminat dalam menubuhkan SRM ini. Dikesempatan ini juga, telah dimaklumkan mengenai program-program JBS Perak terutama Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Perak.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga untuk pihak pengurusan Kolej Komuniti Chenderoh Perak sudi menjadi tuan rumah menyediakan ruang dan peluang merealisasikan perkongsian maklumat ini sekaligus menjemput wakil semua kolej komuniti dalam Negeri Perak. Diharapkan dengan penubuhan SRM di Kolej Komuniti kelak akan merancakkan pemerkasaan 10 gaya hidup Rakan Muda. Team Rakan muda juga di bawa melawat kemudahan dan jurusan-jurusan yang dipelopori di Kolej Komuniti Chenderoh Perak.
WE ARE WAITING FOR YOUR SUDMISSION FORM GUYS!!. CAN'T WAIT!!
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbsperak
#kolejkomuniti
#KKC

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-10-2025, 10:15:32

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search