PERBINCANGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BERSAMA PEMINJAM DAN PENJAMIN SKIM TABUNG PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA (TKWAPEB) YANG DICADANGKAN UNTUK DIHAPUSKIRA DAERAH KAMPAR

26 Februari 2025, Ipoh - Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan pertemuan dengan Peminjam- peminjam dan penjamin-penjamin Skim Tabung Ekonomi Belia (TKWAPEB) daerah Kampar bertempat di Bilik Diskusi, Bahagian Khidmat Pelanggan pada jam 9.30 pagi
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli, Timbalan Pengarah (Belia) , dan turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar, manakala dari Unit Pembangunan Ekonomi oleh Hajah Wan Ruhimah binti Abd Ghani dan Encik Safwan Hazim bin Shuhami.
Tujuan perjumpaan dan perbincangan ini adalah untuk mendapatkan solusi terbaik antara Peminjam, Penjamin dan juga pihak jabatan ini dalam usaha untuk penyelesaian bagi isu tertunggak yang sudah melebihi 32 tahun yang lalu.
Hasil perbincangan yang dapat dicapai antara ketiga-tiga (win-win situation) berkaitan dalam usaha samada untuk dilayakan bagi proses Hapus Kira atau Peminjam bersetuju untuk meneruskan bayaran dengan diangkat kepada pihak Kementerian dan akan dimaklumkan perkembangannya dari masa ke semasa. Pada jam 11.30 pagi pula, perbincangan diakhiri dengan lawatan ke premis Peminjam di sekitar RTC, Gopeng dan Jeram, Kampar.
#JBSNPerak
#JBSNkomited
#BeliaPerak

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-10-2025, 10:15:32

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search