JBS PERAK PERKUKUH UKHWAH ANTARA AGENSI MELALUI SUKAN FUTSAL & PICKLEBALL

JBS PERAK PERKUKUH UKHWAH ANTARA AGENSI MELALUI SUKAN FUTSAL & PICKLEBALL
IPOH, 17 Januari 2026 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak telah menganjurkan Program Penggalakkan Sukan Untuk Semua bersama Agensi Jemputan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.
Program ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi rakan strategik yang telah bekerjasama rapat dengan JBS Perak sepanjang tahun 2025. Aktiviti yang menampilkan pertandingan futsal dan pickleball ini menjadi platform interaksi santai bagi memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan dalam kalangan peserta.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menghargai sokongan serta komitmen agensi-agensi jemputan terhadap pelaksanaan program pembangunan sukan negeri, di samping merapatkan hubungan silaturrahim antara kakitangan JBS Perak dan agensi pelaksana.
Penglibatan aktif semua agensi dalam aktiviti sukan santai seperti ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama, meningkatkan komunikasi dua hala dan menyemai budaya kerja berpasukan yang positif.
Program ini juga bertepatan dengan matlamat Kementerian Belia dan Sukan untuk memperluas penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan massa, selaras dengan aspirasi “Sukan Untuk Semua” yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan aktif.
Dengan semangat kesukanan yang tinggi serta sambutan menggalakkan daripada semua pihak, JBS Perak berhasrat untuk meneruskan penganjuran aktiviti sebegini pada masa akan datang sebagai usaha berterusan memperkukuh kerjasama dan perpaduan antara agensi di Negeri Perak.
JBSNegara
@topfans
Petronas Station UTP
Colour Pictures
#JBSPerak
#JBSNKomited
#SukanUntukSemua

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search