HARI SUKAN NEGARA DAERAH SELAMA 2024
SELAMA, 12 Oktober 2024 - Tahniah dan Terima kasih warga Daerah Selama Perak! Menyahut cabaran Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Selama Perak.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Larian Untuk Negara 3KM, Senamrobik HSN, Sukan Tradisional, Sukan Rakyat, Pertandingan Sepak Penalti, Lontaran Bola Jaring, Perlawanan persahabatan Kriket, E-Sport, Sukan Orang Kelainan Upaya, Mari mencuba dan cabutan bertuah. Penganjuran kali ini mendapat kerjasama daripada Panel Kesihatan Selama antara slotnya pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna& pameran. Turut memeriahkan pameran daripada NADI, Khidmat Tabung Haji serta Jualan Sejahtera Rakyat.
HSN Daerah Selama tahun ini dirasmikan oleh Tuan Mustoffa bin Aliman( Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama), Encik Nor Akmal bin Yang Ghazali(Yang DiPertua Majlis Daerah Selama), Tuan Marzuki bin Daud(Ketua Bahagian Cawangan Khas IPD Selama) turut hadir wakil PPD Daerah Larut Matang & Selama serta ketua-ketua jabatan daerah dan NGO Belia dan Sukan.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda dalam mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas seterusnya menyokong hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan!
#CergasBersama
#HSN
#jbsperak
#janjipeluh
#pbsdselama
#RakanAktif
- JBS Perak
- Hits: 188
