EXXO CAMP - AKTIVITI KEMBARA MALAM TINGKATKAN KEYAKINAN PARA PESERTA
SG. SIPUT, 2 Oktober 2024 - Kembara Malam merupakan salah satu dari modul menarik yang ditawarkan didalam program Exxo Camp. Secara definisinya, Kembara Malam ini adalah aktiviti atau kembara berjalan di waktu malam hari. Aktiviti ini kelihatan mudah dan ringan. Namun demikian, ia menguji keberanian dan kekentalan jiwa para peserta.
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PROGRAM HARI SUKAN NEGARA@PASIR SALAK FEST TAHUN 2024
KG. GAJAH, 2 Oktober 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hari Sukan Negara (HSN) @ Pasir Salak Fest telah diadakan pada hari ini bertempat di bilik mesyuarat Damai, Pejabat Daerah Dan Tanah Kg. Gajah. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti HSN dan Pasir Salak Fest 2024.
Kehadiran mesyuarat melibatkan agensi, kelab belia dan kelab sukan yang akan membantu mengelola acara sampingan. Semoga gerak kerja yang telah disusun ini akan dapat melancarkan perjalanan program yang akan berlangsung tidak lama lagi.
JAMUAN PENGHARGAAN DAN PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN BAGI PETUGAS-PETUGAS PESTA CEMPAKASARI@PARIT TAHUN 2024
KG. GAJAH, 1 Oktober 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kg Gajah dan Pertubuhan Anak Melayu Pasir Salak dijemput untuk menghadiri majlis jamuan, penyerahan sijil penghargaan bagi petugas-petugas Pesta Cempakasari@Parit yang telah berlangsung pada 6-8 September 2024 yang lalu.
Sijil penghargaan disampaikan oleh YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
EXXO CAMP - SLOT BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
SG. SIPUT, 2 Oktober 2024 - Sesi malam telah diisi dengan slot perkongsian daripada PDRM. Slot ini telah dikendalikan oleh YDH Tuan Kesavan a/l Sinnasamy. Tajuk perkongsian yang dibawa pada malam ini adalah berkaitan jenayah dan salah laku yang biasa dilakukan oleh para belia.
YDH Tuan Kesavan turut berkongsi kisah-kisah sebenar untuk dijadikan pedoman kepada para peserta Exxo Camp.
EXXO CAMP - SLOT TEORI DAN PRAKTIKAL ASAS BANTU MULA
SG. SIPUT, 2 Oktober 2024 - Para peserta program Exxo Camp turut diajar tentang Asas Bantu Mula oleh fasilitator program. Ilmu Asas Bantu Mula ini penting dalam menyediakan para peserta untuk berdepan dengan situasi getir / kemalangan yang mungkin terjadi di masa-masa akan datang.
LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM EXXO CAMP OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) PERAK
SG. SIPUT, 2 Oktober 2024 - Puan Raudah Bt Napiah, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid bersama Puan Hjh. Zuraidah bt. Abd Hadi, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid telah menjalankan pemantauan ke atas peserta-peserta yang terlibat dalam Rakan Ekspresi - Exxo Camp Peringkat Negeri Perak.
Pegawai-pegawai daripada JPN Perak telah melihat sendiri pelaksanaan program, menu makanan dan penginapan yang telah disediakan kepada peserta-peserta Exxo Camp.
PROGRAM RAKAN MUDA EXXO CAMP PERINGKAT NEGERI PERAK
SG. SIPUT, 2 Oktober 2024 – Seramai 48 orang belia telah terpilih untuk menyertai program Rakan Ekspresi - Exxo Camp Peringkat Negeri Perak 2024 bertempat di Kem Rekreasi Intan Suraya (KRIS). Program 3 hari 2 malam ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Perak.
Terdahulu, para peserta telah diberi taklimat tentang pelaksanaan program dan menjalani sesi "ice breaking". Pelbagai pengisian telah disusun bagi memastikan segala objektif pelaksanaan program Exxo Camp ini mencapai sasaran.
WARGA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK HADIR KE SESI LIBAT URUS PEKELILING PERKHIDMATAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
PUTRA JAYA, 1 Oktober 2024 - Sesi Libat Urus Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khusus untuk warga kerja Kementerian Belia Dan Sukan bertempat di Dewan Serbaguna Podium B, KBS. Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak turut hadir ke sesi libat urus ini secara fizikal. Sesi libat urus ini juga dapat disertai oleh semua warga JBSN Perak secara atas talian.
Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada penjawat awam berhubung Pekeliling Perkhidmatan Awam serta pilihan SSPA yang akan ditawarkan. Terdapat juga sesi pencerahan berkenaan pelaksanaan SSPA kepada seluruh warga kerja.
PROGRAM KHIDMAT BAKTI IKBN SERI ISKANDAR SEMPENA HARI WARGA EMAS 2024
KG. GAJAH, 1 Oktober 2024 - Kali ini Pusat Aktiviti Warga Emas Kg. Gajah (PAWE) menerima kunjungan dari pelajar semesta akhir seramai 46 orang dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Seri Iskandar) dalam misi khidmat bakti melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan.
Mereka ditugaskan untuk membantu mengecat pagar batu dan besi bagi menyerikan kembali fasiliti bangunan PAWE. Ia menunjukkan tanda kasih sayang orang muda kepada warga emas."Kasih Sayang Tanpa Batasan" itulah ungkapan buat semua yang bergelar warga emas.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kg Gajah - Encik Budiman bin Idris / Penyelaras Kelas Kepimpinan II Ikbn Seri Iskandar - Puan Mahani binti Hashim / Timbalan pengerusi PAWE Kg Gajah - Tuan Abu Sapian bin Mohd Kohor dan Penyelia PAWE Kg Gajah - Cik Amira Daliya binti Amir Rudin.
Semoga inisiatif ini menjadi contoh, pendorong dan pemangkin semangat kepada semua orang muda diluar sana dalam menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Selamat menyambut Hari Warga Emas Semalaysia 2024.