MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TEMASYA PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024
PETRA JAYA, 28 Sept. 2024 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang diadakan bertempat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching. Kontinjen Para SUKMA negeri Perak turut hadir ke majlis yang disambut dengan penuh kemeriahan ini.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Terdahulu, ucapan alu-aluan daripada negeri tuan rumah telah disampaikan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Para SUKMA XXI Sarawak.
Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Perak adalah YB Encik Khairudin Bin Hj. Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak serta Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Ketua Kontinjen.
BELANG TARUNG TIGA WARNA!
#KejorYobKejor
#SilverToGold
#SegalanyaDemiNegeriPerak
#PerakSejahtera2030
#JBSNPerak
#STRATCOMMPerak
- JBS Perak
- Hits: 127
