PENTAS UTAMA PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 PERAK BERGEGAR DENGAN VARIASI SENAMROBIK PALU

MERU, 5 April 2026 – Hampir 120 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur dan kaum telah memeriahkan Program Variasi Senamrobik Palu yang berlangsung di Pentas Utama Program Madani Rakyat 2026 Perak, Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.

Program yang menampilkan konsep Drumming Stick Full Body Workout ini berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat dengan aktiviti senamrobik yang unik, bertenaga serta menyeronokkan. Para peserta dilihat begitu bersemangat mengikuti setiap pergerakan yang menggabungkan elemen kardio dan koordinasi menggunakan palu, sekali gus menyumbang kepada pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBS Perak) dengan kerjasama Kelab Legacy Fitness. Penganjuran aktiviti seumpama ini turut menyokong usaha memperluaskan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan serta memperkukuh semangat perpaduan melalui penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.  
Pelaksanaan program ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa kesejahteraan komuniti melalui aktiviti sukan massa yang inklusif dan berimpak.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#VariasiSenamrobikPalu
#MalaysiaAktif
#PerakAktif

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search