MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA BAGI PROGRAM RAKAN BUMI : PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026

TAIPING, 8 APRIL 2026 - Telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana bagi program berkenaan yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama yang dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan belia di daerah Larut Matang bagi menyelaras gerak kerja program ini.

Pembentangan perancangan pelaksanaan program ini disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Perak. Pada program ini Kuala Sepetang dipilih sebagai lokasi program yang akan dijadualkan pada 24 April 2026 dengan penyertaan seramai 500 orang peserta. Turut hadir adalah En. Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN Perak.

TERIMA KASIH kepada semua agensi yang hadir dan menunjukkan komitmen jitu dalam pelaksanaan program ini. "BELIA PROGRESIF, BUMI LESTARI"

#JBSNKomited
#jbsnegara
#jbsnperak
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#rakanbumi
#teamkbs

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search