SESI PERJUMPAAN AGENSI ANGKAT BERSAMA SUKAN PELAYARAN DAN CATUR KE SUKMA XXII SELANGOR 2026

IPOH, 10 April 2026 – Satu sesi perjumpaan agensi angkat bersama sukan pelayaran dan catur Negeri Perak bagi persiapan menghadapi SUKMA XXII Selangor 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh En. Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir ialah En. Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta En. Azmeer bin Basir, Penyelaras Sukan Pelayaran dan Catur Majlis Sukan Negeri Perak.
Sesi perjumpaan ini bertujuan membincangkan keperluan semasa pasukan, penyelarasan peranan agensi angkat serta perancangan program latihan dalam memastikan persiapan atlet berjalan lancar menjelang temasya SUKMA XXII Selangor 2026. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada aspek logistik, kebajikan atlet dan pegawai, serta keperluan fasiliti latihan bagi meningkatkan prestasi pasukan.

Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui peranan sebagai agensi angkat komited untuk terus memberikan sokongan dari segi penyelarasan program, bantuan teknikal dan kerjasama strategik bersama Majlis Sukan Negeri Perak bagi memastikan sukan pelayaran dan catur berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan.

Perjumpaan ini diharap dapat memperkukuhkan kerjasama antara agensi terlibat serta memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan secara bersepadu demi mencapai sasaran kecemerlangan kontinjen Negeri Perak di SUKMA XXII Selangor 2026.   

#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#AgensiangkatSukanangkat
#SUKMAXXIISelangor
#pelayaran
#catur
#BelangTarungTigaWarna

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search