TAYANGAN SKRIN BESAR PERAK 2026

PARIT, 31 Mac 2026 – Program Tayangan Skrin Besar Perak 2026 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit, dengan kehadiran hampir 325 orang pengunjung yang hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2027 antara Vietnam menentang Malaysia.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak serta dibantu oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah serta beberapa agensi setempat.
Perlawanan yang ditayangkan secara langsung menyaksikan pasukan Malaysia tewas 3-1 kepada tuan rumah, Vietnam. Walaupun keputusan tidak memihak kepada skuad negara, suasana sokongan dalam kalangan penonton tetap meriah dan penuh semangat patriotik.  

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Dato’ Khairudin Hj Abu Hanipah, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak yang bersama-sama menyaksikan perlawanan bersama pengunjung yang hadir.

Selain tayangan perlawanan, pelbagai acara sampingan turut diadakan bagi menghiburkan penonton termasuk pertandingan Sepakan Penalti, Timbang Bola serta cabutan nama bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. Turut disediakan kudapan ringan bagi para pengunjung yang hadir sumbangan Pejabat YB Exco.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti setempat malah menjadi platform menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat khususnya peminat bola sepak di daerah Perak Tengah.

#JBSPerak
#JBSNKomited
#skrinbesar2026
#DemiMalalysia
#MalaysiaMadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search