MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA PINGAT GANGSA DAN PERAK PERINGKAT NEGERI PERAK 2024

26 November 2024 – Telah berlangsung Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Pingat Gangsa Dan Perak Peringkat Negeri Perak 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan. Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Pingat Gangsa dan Perak Peringkat Negeri Perak berlangsung meriah dengan menyaksikan seramai 853 penerima Gangsa dan 164 penerima Perak menjadikan seramai 1017 penerima keseluruhan yang layak ditauliahkan bagi tahun 2024. Program ini telah berlangsung dengan kerjasama erat dari SMK Tanjong Rambutan.
 
Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Beliau dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan Pemimpin Badan Operasi yang telah berusaha dengan gigih sehingga mencapai angka pentauliahan yang begitu membanggakan pada hari ini. Beliau juga menitipkan semangat kepada semua penerima agar terus menggarab peluang yang datang untuk perkembangan mental dan fizikal demi meneruskan agenda pembangunan negara. Sesungguhnya anak muda pada hari perlu digilap potensinya demi mencapai kecemerlangan peradaban.
 
Hadir bersama dalam majlis ini Yang Berusaha Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Zabri bin Mat Basir Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan dan Encik Mohd Hafiz Bin Ibrahim Apani Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima.
Anda semua HEBAT‼
 

 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search