SESI PERBINCANGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BERSAMA-SAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP NEGERI PERAK

13 Januari 2025, Ipoh – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak telah menerima kunjungan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak bertempat di Bilik Pengarah JBSNPK. Seramai 3 orang anggota kerja dari KPDN Negeri Perak yang diketuai oleh YBrs. Encik Poovendran Viliam selaku Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran dan Kewangan, KPDN Negeri Perak telah hadir ke sesi perbincangan tersebut.
 
KPDN Negeri Perak berhasrat untuk melaksanakan program kepenggunaan bersama-sama JBSN Negeri Perak dan pertubuhan belia termasuk kelab rakan muda seluruh negeri Perak. YBrs. Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBS Negeri Perak menyambut baik hasrat tersebut dan mengalu-alukan penglibatan pelbagai agensi kerajaan atau swasta lain berkolaborasi bersama-sama JBS Negeri Perak melaksanakan program-progam pembangunan belia sekitar negeri Perak.

#jbsnperak
#
malaysiamadani
 

 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search