- JBS Perak
- Hits: 111
PROGRAM HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA (HKBM) PERINGKAT NEGERI PERAK.
- JBS Perak
- Hits: 111
7 November 2024 – Bertempat di Gunung Lang Ipoh Perak telah berlangsung meriah Program HKBM Peringkat Negeri Perak yang telah disertai oleh seramai 137 orang peserta & 15 urusetia dari pelbagai ipt/ipts/agensi dijalankan serentak seluruh negara. Program kali ini juga disertai dengan kemeriahan orang ramai yang hadir.
Kehadiran orang ramai ke kawasan Pelancongan Gunung Lang ini sedikit sebanyak memberi kesedaran akan peri penting aspek kesukarelawanan dalam memertabatkan bangsa. Ini juga sekaligus menjadikan orang awam peka bahawa para sukarelawan juga diangkat mertabatnya dengan meraikan mereka pada hari yang dikhaskan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah senaman pemanas badan, gotong royong perdana pembersihan kawasan dan rumah tradisional, ‘rewang’ membungkus makanan dan kempen katakan TIDAK PADA PLASTIK. Sekalung penghargaan kepada semua yang membantu dalam menjayakan program ini iaitu Kelab Olahraga Ultra, Majlis Bandaraya Ipoh, Sekretariat Rakan Muda UiTM Sri Iskandar, Majlis Belia Daerah Kinta, dan Veteran MAYC Perak.
Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan yang mana dalam ucapannya beliau menekankan peri pentingnya pengetahuan, komunikasi serta rasa cakna belia kepada program-program yang disediakan oleh jabatan samada dari aspek sukan, belia dan rakan muda. Belia perlu sentiasa peka dengan perubahan dengan menanamkan rasa ingin berbakti pada negara tanpa mengharapkan balasan. Di kesempatan ini juga Ybrs Puan Pengarah menyempurnakan gimik perasmian dengan menegakkan papan tanda peringatan berlangsungnya program ini.
