- JBS Perak
- Hits: 135
LAWATAN KERJA RASMI YBRS KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE NEGERI PERAK
- JBS Perak
- Hits: 135
Perak 23-24 Disember 2024- YBrs Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Puan Azura binti Abidin meluangkan masa mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Perak. Lawatan Kerja Rasmi ini bertujuan melihat dan merasai sendiri keperluan di peringkat pengurusan di Jabatan Belia dan Sukan, Akademi Pembangunan Belia dan Para Pegawai dan kakitangan yang lain. Pada hari pertama dalam siri lawatan beliau telah di bawa melihat pembangunan Sukan Woodball di Kolej Komuniti Sungai Siput yang menjadi pelopor sehingga ke peringkat antarbangsa serta pembudyaan sukan ini di peringkat komuniti.
Dalam Majlis Amanat dan Perjumpaan bersama pegawai, beliau menyampaikan aspirasi JBSN dan dengan membawa mesej yang sarat dengan amalan pengurusan baik selaras dengan reformasi dalam perkhidmatan awam. Sesi ini juga adalah bagi memperkukuh dan berkongsi pandangan, penjelasan serta isu-isu terkini dalam melestarikan pelaksanaan inisiatif strategik tahun 2025.
Pada hari kedua fokus lawatan adalah tertumpu kepada pengoperasian kemudahan, YBrs Puan Azura telah membuat lawatan ke KOMBES Ipoh Perak. Dalam lawatan beliau menitipkan amalan integriti yang tinggi bagi terus menguruskan perkhidmatan prasarana awam kepada pengguna awam. Banyak naik taraf yang telah dibuat di KOMBES dan dikesempatan ini beliau sendiri telah mencuba beberapa kemudahan seperti gelanggang futsal dan Gimnasium. Lawatan seterusnya adalah di Komplek Sukan Bagan Datuk bagi meninjau sendiri pengoperasian dan pengurusan.
Bukan hanya opearasi komplek malahan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk juga diterajui hanya 3 orang pegawai. Kehadiran Puan Masni binti Mustapa Kamarul Basah Ketua Penolong Seriausaha Kanan Bahagian Sumber Manusia KBS melengkapkan lagi lawatan dalam menangani isu perjawatan. YBrs Puan Azura juga kagum dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh 3 orang kakitangan di sini menguruskan pengoperasian dan pengurusan Komplek dan pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.
