- JBS Perak
- Hits: 2
INSPIRE EKSPLORASI OKU KEBANGSAAN 2026: LANGKAWI JADI PENTAS PERKONGSIAN IDEA DAN INSPIRASI SUKAN INKLUSIF
- JBS Perak
- Hits: 2
INSPIRE EKSPLORASI OKU KEBANGSAAN 2026: LANGKAWI JADI PENTAS PERKONGSIAN IDEA DAN INSPIRASI SUKAN INKLUSIF
LANGKAWI, 21 Januari 2026 – Pantai Chenang, Langkawi menjadi lokasi inspirasi apabila Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menganjurkan Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Kebangsaan 2026 yang menghimpunkan pegawai pembangunan sukan OKU dari seluruh negara.
Program selama tiga hari ini melibatkan seramai 70 orang pegawai yang terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Pegawai dan Penolong Pegawai Pembangunan Sukan OKU dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) seluruh Malaysia.
Pelbagai pengisian menarik dilaksanakan antaranya taklimat perancangan program tahun 2026 bagi cawangan dan bahagian, post-mortem pelaksanaan program tahun 2025, serta aktiviti eksplorasi bersama penggerak OKU setempat yang menjadi platform perkongsian idea dan pengalaman lapangan bagi memperkukuh agenda pembangunan sukan inklusif.
JBS Negeri Perak turut menyertai program ini dengan penyertaan Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Encik Muhammad Badry bin Basir, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, serta Encik Khuzainal bin Abdul Ghani, Penolong Pegawai Pembangunan Sukan OKU.
Program Inspire Eksplorasi OKU ini bukan sahaja memperkukuh semangat kolaborasi antara pegawai pembangunan sukan seluruh negara, malah mencerminkan komitmen JBSN dalam memperkasa bidang sukan OKU sejajar dengan aspirasi pembangunan inklusif negara.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#PembangunanSukanOKU
#InspireOKU
#Langkawi2026
