- JBS Perak
- Hits: 1
BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED)
- JBS Perak
- Hits: 1
BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED)
PUTRAJAYA, 19 Januari 2026 – Satu Bengkel Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) telah dilaksanakan pada 19 Januari 2026 bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Bengkel ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran serta kemahiran asas berkaitan pengendalian peralatan kecemasan dalam kalangan warga kerja.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan praktikal berkaitan penggunaan AED yang berfungsi sebagai alat bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan, khususnya kes serangan jantung secara tiba-tiba. Pelaksanaan bengkel ini juga selari dengan keperluan memperkukuh tahap kesiapsiagaan keselamatan di tempat kerja.
Seramai empat orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menyertai bengkel ini iaitu Encik Sharil, Encik Rosnizam, Cik Siti Farhana dan Encik Safwan. Penglibatan pegawai ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyebaran ilmu dan kemahiran berkaitan penggunaan AED di peringkat jabatan.
Untuk makluman, peralatan AED yang terlibat dalam latihan ini akan ditempatkan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sebagai langkah proaktif meningkatkan aspek keselamatan dan kebajikan warga jabatan serta komuniti belia. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#aedtraining
#AEDAwareness
