JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK SERTAI STATE LEADERSHIP RETREAT (SLR) NEGERI PERAK 2026

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK SERTAI STATE LEADERSHIP RETREAT (SLR) NEGERI PERAK 2026

MELAKA, 6 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBS Perak) telah menyertai State Leadership Retreat (SLR) Negeri Perak 2026, program strategik kepimpinan kerajaan negeri yang berlangsung dari 4 hingga 6 Februari 2026 bertempat di Birkin International Hotel, Pantai Klebang, Melaka.
Program anjuran Kerajaan Negeri Perak ini menghimpunkan kepimpinan tertinggi jabatan dan agensi kerajaan negeri bagi membincangkan pelan strategik pembangunan, penilaian dasar serta penyelarasan pelaksanaan agenda negeri menuju aspirasi Perak Sejahtera 2030.

JBS Perak diwakili oleh Timbalan Pengarah, Encik Mohd Hafeez bin Hussein dan Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh. Jabatan ini ditempatkan di bawah Kluster 6: Modal Insan dan STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) yang menumpukan perbincangan terhadap pembangunan bakat belia, pengukuhan keusahawanan sosial serta penerapan elemen inovasi dalam pembangunan modal insan negeri.

Hari terakhir program diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, yang menyampaikan amanat dan rumusan penting terhadap hala tuju pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara jabatan dan agensi bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan negeri dilaksanakan secara efektif dan memberi impak langsung kepada rakyat.

Penyertaan JBS Perak dalam SLR 2026 menjadi platform penting untuk memperkukuh peranan jabatan dalam menyokong pembangunan modal insan negeri yang berdaya saing, progresif dan sejahtera menjelang tahun 2030.

#JBSPerak
#JBSNKomited
#SLRPerak2026
#PerakSejahtera2030

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search