MAJLIS LAFAZ IKRAR PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI JBSN PERAK BAGI TAHUN 2026

MAJLIS LAFAZ IKRAR PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI JBSN PERAK BAGI TAHUN 2026

IPOH, 3 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak telah mengadakan Majlis Bacaan Ikrar dan menandatangan Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) bagi sesi tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama JBS Negeri Perak. Majlis turut disertai oleh semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah secara dalam talian.
Majlis bacaan ikrar telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Belia), Encik Mohd Hafeez bin Hussein, manakala bacaan ikrar diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan JBS Negeri Perak, Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh.
Semua pegawai dan kakitangan JBS Negeri Perak terlibat dalam menandatangan perakuan tersebut sebagai pembaharuan tahunan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), khususnya dalam menjaga kerahsiaan maklumat rasmi dan sulit daripada dibocorkan atau disalahgunakan termasuk melalui platform media sosial.
#jbsnpk #jbsnegara #teamkbs #MalaysiaMadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search