- JBS Perak
- Hits: 23
JBS PERAK TERIMA JEMPUTAN SANTUNI PROGRAM KEM KONTINJEN PARA SUKMA JBS MELAKA
- JBS Perak
- Hits: 23
JBS PERAK TERIMA JEMPUTAN SANTUNI PROGRAM KEM KONTINJEN PARA SUKMA JBS MELAKA
GOPENG, 3 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menerima jemputan bagi menyantuni Program Kem Kontinjen Para SUKMA Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka yang diadakan di Himalaya Camp, Gopeng.
Program yang bertujuan memperkukuh semangat setiakawan antara warga kerja JBS negeri-negeri ini menampilkan pelbagai aktiviti berasaskan kecergasan dan pembinaan pasukan, antaranya aktiviti White Water Rafting yang dijalankan di Sungai Kampar.
Seramai enam (6) orang pegawai JBS Perak telah hadir bagi memenuhi jemputan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif memperkukuh hubungan strategik antara jabatan negeri serta memperluas jaringan kerjasama dalam pembangunan sukan, khususnya bagi atlet Para SUKMA. Turut hadir Timbalan Pengarah Belia; En Mohd Hafeez Hussein dan Penolong Pengarah Kanan Sukan; En Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
JBS Perak turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada JBS Melaka terutamanya Tuan Pengarah; En Zailani Siran atas jemputan serta layanan mesra sepanjang program berlangsung. Hubungan erat ini diharap dapat diteruskan melalui lebih banyak program kolaborasi pada masa akan datang.
Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka
#JBSPerak
#JBSMelaka
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#kemparasukmamelaka
