LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ MATRIKULASI PERAK

LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ MATRIKULASI PERAK
20 JANUARI 2026
Satu sesi kunjung hormat telah berlangsung di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan menerima kehadiran Dr. Haris Hanafi bin Abdul Jalil, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar dan En. Azhani Husaif bin Saleh, Ketua Unit Kokurikulum bagi melihat fasiliti sukan yang berada di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sekaligus membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan untuk pembangunan insaniah pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Perak.
Lawatan ini juga membincangkan kaedah terbaik dalam gerak kerja di peringkat matrikulasi dalam memastikan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang holistik dan dinamik tercapai. Kunjungan ini disambut oleh En. Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah (Belia) dan juga pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
#TeamJBSPerak
#JBSNegara
#MalaysiaMADANI

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search