BETONG, 2 September 2025 - Program Malaysia Aktif Peringkat Bahagian Betong Siri 8 telah berjaya dilaksanakan pada 29 Ogos 2025 bertempat di Wisma Persekutuan Saratok.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok.
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah hadir bagi memeriahkan program ini. Kehadiran peserta yang menggalakkan mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap penganjuran program tersebut. Turut hadir memeriahkan program ialah Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
SIBU, 13 September 2025 – Program Sarawak X-Tive 2025 Peringkat Bahagian Sibu telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu pagi ini, bermula seawal jam 6.30 pagi. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) yang dijalankan serentak di seluruh negeri Sarawak. Majlis perasmian program bagi peringkat Bahagian Sibu telah disempurnakan oleh YBhg. Haji Abang Mohd Porkan bin Haji Abang Budiman, Residen Bahagian Sibu. Turut hadir memeriahkan acara ialah wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Encik Muhammad Afif bin Ibrahim, bersama-sama tetamu kehormat dan warga tempatan yang turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun sepanjang program.
Acara dimulakan dengan ketibaan jemputan pada jam 6.30 pagi diikuti oleh ketibaan Residen Bahagian Sibu dan tetamu kehormat pada jam 6.50 pagi. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku" dan "Ibu Pertiwi", bacaan doa serta ucapan perasmian oleh tetamu kehormat. Kemuncak majlis menyaksikan gimik perasmian dan pelepasan peserta bagi acara "I Love Malaysia Run". Seterusnya, para tetamu dibawa melawat ke tapak pameran dan jualan Sarawak X-Tive sebelum menikmati jamuan di khemah VIP.
Program Sarawak X-Tive bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat sambil memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat di acara ini membuktikan sambutan positif terhadap usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan komuniti melalui program sukan dan rekreasi. #PBSBSibu #JBSNBersama #TeamKBS #kekalaktifwargasibu
MIRI, 12 SEPTEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Taiji Qigong Taman Bulatan akan melaksana 10 siri program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Miri 2025 sepanjang bulan September hingga Oktober 2025 di Taman Bulatan, Miri.
Satu sesi perbincangan bersama pihak Kelab Taiji Qigong Taman Bulatan telah diadakan pada 10 September 2025 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri bagi menetapkan jenis senaman dan tarikh pelaksanaan program tersebut. Program ini merupakan platform bagi golongan warga emas melibatkan diri dalam aktiviti senaman untuk semua di samping menggalakkan masyarakat untuk turut bersukan bersama warga emas secara inklusif.
Persiapan Summer Camp Rakan Muda Peringkat Zon Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 12 September 2025 – PBSB Kuching telah mengadakan perbincangan awal untuk pelaksanaan Summer Camp Rakan Muda Peringkat Zon yang akan diadakan di Libiki Resort, Bau pada 19 hingga 21 September 2025. Program ini berbentuk perkhemahan yang melibatkan peserta dari Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong. Pengisian program meliputi aspek latihan kepimpinan, aktiviti kerjasama berpasukan, sukan, kesenian, explorasi alam sekitar, dan aktiviti membina sahsiah.
BINTULU, 11 SEPTEMBER 2025 – pejabat telah menerima kunjungan Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Mukah dan Puan Stephanie Wendy Anak Stamford Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri untuk melancarkan proses pelupusan aset alih alih kerajaan iaitu tiga (3) mobile partition/penghadang.
Tujuan pemeriksaan aset ini adalah untuk menilai keadaan fizikal aset tersebut serta mengesahkan status penggunaan aset tersebut sama ada masih sesuai diperlukan oleh jabatan. Selain itu juga adalah untuk memastikan pematuhan prosuder pelupusan dilakukan mengikut peraturan kewangan dan garis panduan yang telah ditetapkan.Hasil Pemeriksaan mendapati bahawa aset yang dicadangkan untuk dilupuskan benar-benar rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki dan telah mencapai akhir jangka hayatnya.
Sibu, 11 September 2025 – YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak pagi tadi bagi menghadiri Program Kembara Jelajah Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Borneo yang berlangsung di Sarikei. Ketibaan beliau disambut oleh Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Program KJOM 2.0 ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang memberi fokus kepada pembangunan belia, penglibatan komuniti serta merapatkan hubungan antara pemimpin dengan golongan muda di peringkat akar umbi. Kehadiran YB Timbalan Menteri mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan agenda belia khususnya di negeri Sarawak. #JBSNBersama #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamKBS
11 Sept 2025, Sibu – Rombongan pihak IYRES KBS yang diketuai oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan 2 dan pegawai penyelidik terdiri daripada Cik Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor, Encik Azamuddin Hashim, Encik Saifful Hassan, Cik Nur Pesona Kamarudin dan Puan Aryma Johari telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bagi Sesi Training of Trainers (TOT) kepada calon-calon enumerator berkaitan Projek Pengumpulan Profil Belia NEET-KJOM bagi Negeri Sarawak. Seramai 5 orang belia yang berminat menjadi enumerator pada edisi kali ini telah hadir ke sesi taklimat ini. Sesi TOT ini bertujuan untuk memberi penerangan, pendedahan dan kefahaman berhubung skop tugas enumerator di sepanjang melakukan proses pengumpulan data bagi kajian ini. Sasaran respondan bagi setiap enumerator ini adalah seramai 20 orang dalam kategori belia berumur 18-24 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak berada di institusi pengajian dan latihan. Projek ini adalah bersempena dengan program KJOM 2.0 Zon Borneo yang sedang berlangsung sehingga 13 September 2025 ini di Pakan, Sarikei. #PBSBSibu #TeamJBSN #JBSNBersama #TeamKBS
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 10 SEPTEMBER 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Bahagian Mukah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang itu diadakan di Dataran Pehin Setia Raja setiap hari Rabu, bermula jam 5.15 hingga 6.30 petang.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Mukah, Mohamad Arbi Rosli berkata, terdapat 12 siri untuk pelaksanaan program tersebut. “Kini, kita sudah selesai siri ke-8 dan penyertaan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar. “Sasaran 50 orang yang menyertai tetapi Alhamdulillah, pada setiap siri penyertaan melebihi 100 orang,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini semasa ditemuduga pihak media berkenaan program tersebut. Selain itu, beliau memaklumkan kepada media aktiviti berimpak tinggi seperti ini perlu diteruskan pada masa mendatang.
Menyentuh mengenai objektif program, ia adalah untuk memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara hingga ke peringkat komuniti akar umbi melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat daripada aspek kesihatan dan perpaduan. Di samping itu, pelaksanaan Program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi semua lapisan masyarakat. Tambah Arbi, ia juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas.
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 10 SEPTEMBER 2025 – Seramai 50 orang atlet muda telah menyertai Kejohanan 1000 Liga Olahraga Mukah baru-baru ini. Kejohanan yang diadakan pada 30 Ogos 2025 yang lepas dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Motion Athletics Club (MAC) bertempat di Stadium Mukah. Acara dipertandingkan dalam 2 kategori iaitu Lelaki Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 18 Tahun.
Johan kategori Lelaki Bawah 18 Tahun disandang Muhd Irfan Hafizuddin, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi Amsyar Daniel dan Ahmad Ramdan. Bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun pula, Aimy Znie Arissa telah dinobatkan johan diikuti rakan-rakan lain nya tempat kedua dan ketiga iaitu Nur Akma Faziella dan Nur Erya Afifah. Kesemua pemenang telah membawa balik hadiah wang tunai.