- JBS Sarawak
- Hits: 11
PBSB SARIKEI TURUT BERSAMA HADIR DALAM BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
KUCHING, 20 Jun 2026 – Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Jun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai konsep, falsafah, struktur serta pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sarikei telah diwakili oleh Puan Jamaika binti Marciano serta Encik Jerry Tanny bin Raymond Tanny dari Kelab Bola Sepak Bintangor turut bersama hadir dari Bahagian Sarikei sepanjang bengkel tersebut. Sepanjang program, peserta telah mengikuti pelbagai sesi berkaitan peranan dan tanggungjawab Pemimpin Bertauliah ARPRM, etika kepimpinan, kaedah pemantauan peserta, pengurusan dokumentasi dan pelaporan serta simulasi pelaksanaan ARPRM.
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Puan Hafizah Dahlan, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak). Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan melahirkan lebih ramai pemimpin belia yang berpengetahuan, berintegriti dan berupaya membimbing golongan muda melalui program pembangunan belia yang berstruktur.
Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antara pemimpin ARPRM di seluruh Sarawak serta meningkatkan kefahaman dan kesediaan peserta untuk memainkan peranan sebagai Pemimpin Bertauliah ARPRM dalam usaha membangunkan potensi belia yang holistik, berdaya saing dan berwawasan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
