- JBS Sarawak
- Hits: 86
NIGHT RUN SIRI KE-2 PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2025
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 26 Jun 2025 – Siri kedua Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Kapit diteruskan dengan acara Night Run yang berlangsung di Stadium Terbuka Kapit pada 22 Jun lalu yang bermula jam 6.00 petang dengan kehadiran seramai 47 orang peserta dari kalangan belia dan komuniti setempat.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama Panda Athletic Club ini merupakan kesinambungan kepada siri pertama yang diadakan pada 18 Jun lalu, dengan objektif untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti fizikal secara santai dan menyeronokkan.
Siri seterusnya bagi program ini dijadualkan berlangsung pada bulan Julai 2025 dengan aktiviti fun run dan hiking. Pihak penganjur menjangkakan lebih ramai peserta akan turut serta dalam siri yang akan datang dalam usaha berterusan menjadikan masyarakat di Kapit sebagai komuniti yang aktif, sihat dan harmoni.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #pbsbkapit
- JBS Sarawak
- Hits: 86