- JBS Sarawak
- Hits: 18
PEMBUDAYAAN DIGITAL,SEMANGAT KECINTAAN SERTA PETRIOTISME YANG TINGGI DARI GOLONGAN BELIA OBJEKTIF UTAMA FIESTA RAKAN MUDA NEGERI SARAWAK .
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 – Pelaksana Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan 26-27 Jun 2026 bertempat di UITM Sarawak Kampus Mukah. Objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan belia.
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya Glamping, Fun Run, Pertandingan Inovasi, Bengkel Pengacaraan Majlis, Pertandingan Nyanyian dan bnyak lagi. Semua aktiviti ini mengikut 10 gaya hidup Rakan Muda. Pegawai Unit Rakan Muda, Puan AImy Alisha Charlie , Dan Encik Mohd Hafizul Helmi turut hadir ke program tersebut dan bertugas sebagai pengacara Majlis.
Program Fiesta Rakan Muda ini dirasmikan Oleh YB Tuan Royston Bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N57 Tellian dan beliau turut berkata Kolaborasi dan aktiviti seperti ini harus diteruskan kerana memberi impak yang positif kepada semua pihak.
Semoga dengan kerjasama utuh dari semua pihak, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai sasaran penyertaan serta memenuhi objektif yang telah ditetapkan.
