- JBS Sarawak
- Hits: 36
Program Inspire I-Talent Sukan untuk OKU Cungkil Bakat Atlet Berpotensi
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oileh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Program iTalent Sukan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan individu OKU dari sekitar Bahagian Bintulu. Program ini bertujuan mengenal pasti, mencungkil dan membangunkan bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam aktiviti sukan.
Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada peserta menjalani sesi saringan bakat, ujian kecergasan asas serta pendedahan kepada jenis-jenis sukan yang bersesuaian mengikut kategori ketidakupayaan masing-masing. Peserta juga menerima bimbingan daripada jurulatih dan pegawai teknikal yang berpengalaman.
Selain melahirkan atlet berpotensi untuk mewakili bahagian, negeri dan negara pada masa hadapan, program ini turut memupuk keyakinan diri, disiplin serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Melalui pendekatan inklusif, iTalent Sukan menjadi platform penting dalam memastikan golongan OKU mendapat peluang yang sama untuk mengembangkan potensi diri melalui bidang sukan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan sukan OKU serta menyokong usaha melahirkan lebih ramai atlet para yang mampu mengharumkan nama Bahagian Bintulu dan Sarawak di peringkat yang lebih tinggi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
