- JBS Sarawak
- Hits: 31
PROGRAM INSPIRE I-TALENT SUKAN UNTUK OKU 2026 BAHAGIAN SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan oleh: MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 9 JUN 2026: Program iTalent Sukan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Suarah Samarahan dengan penyertaan individu OKU dari sekitar Bahagian Samarahan. Program ini bertujuan mengenal pasti, mencungkil dan membangunkan bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam aktiviti sukan.
Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada peserta menjalani sesi saringan bakat, ujian kecergasan asas serta pendedahan kepada jenis-jenis sukan yang bersesuaian mengikut kategori ketidakupayaan masing-masing. Peserta juga menerima bimbingan daripada jurulatih dan pegawai teknikal yang berpengalaman.
Selain melahirkan atlet berpotensi untuk mewakili bahagian, negeri dan negara pada masa hadapan, program ini turut memupuk keyakinan diri, disiplin serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Melalui pendekatan inklusif, iTalent Sukan menjadi platform penting dalam memastikan golongan OKU mendapat peluang yang sama untuk mengembangkan potensi diri melalui bidang sukan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan sukan OKU serta menyokong usaha melahirkan lebih ramai atlet para yang mampu mengharumkan nama Bahagian Samarahan dan Sarawak di peringkat yang lebih tinggi. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan iaitu Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar turut hadir perlaksanaan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
