Disediakan Oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 JUN 2025 –Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Bintulu 2025 telah diadakan pada 14 Jun lalu. Sebanyak tiga sukan dipertandingkan antaranya, Pertandingan Sepak Takraw, Bola Jaring & Ping Pong Berpasukan.
Program ini telah dirasmikan oleh wakil kepada YB Tuan Iskandar Bin Turkee, ADUN N67 Jepak bersama Encik Hailey Robson Anak Banyang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu. Penganjuran ini adalah kerjasama pejabat bersama Persatuan Bola Jaring Bahagian Bintulu, Persatuan Sepak Takraw Bahagian Bintulu dan Persatuan Ping Pong Bahagian Bintulu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menjuarai setiap pertandingan dan akan berentap ke peringkat negeri Sarawak pada 18 hingga 20 Julai kelak.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 69