- JBS Sarawak
- Hits: 13
MESYUARAT JAWATANKUASA PESTA LADA JULAU BIL.2/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh : Zulfadhli Leonardo, JBSN Sarawak
SARIKEI, 2 Julai 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Lada Julau Bil.2/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Julau pada 26 Jun 2026 yang lepas dipengerusikan oleh Encik Minggu Anak Jampong, Pegawai Daerah Julau, Agenda mesyuarat ini adalah penetapan tarikh dan tempat, pemilihan vendor, perancangan aktiviti, pembentangan kertas kerja jawatankuasa kerja yang terpilih dan hal-hal lain. Hadir dalam mesyuarat ini En Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Pejabat ini juga diberi tanggungjawab dalam menganjurkan Slingshot sempena pesta ini.
Pesta Lada Ini merupakan acara tahunan bagi Daerah Julau akan berlangsung pada Oktober 2026 nanti yang mempromosikan Julau sebagai Daerah pengeluar lada Sarawak. Selain itu juga, pesta ini juga, mempromosi produk- produk berasaskan lada di kalangan kakitangan dan penduduk sekitar dan juga pengunjung yang mengunjungi Pesta Lada Julau.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
