- JBS Sarawak
- Hits: 23
PROGRAM BISNES MUDAH DENGAN AI & DIGITALISASI
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan Oleh : Abdul Rani Jemi, JBSN Sarawak
Sarikei, 2 Julai 2026 : Program Bisnes Mudah Dengan AI & Digitalisasi telah berjaya dilaksanakan pada 27 hingga 28 Jun 2026 lepas bertempat di Sarikei Innovation Center (SIC). Program ini telah dihadiri oleh Encik Abdul Rani bin Jemi, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei).
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), pendigitalan serta strategi pemasaran digital bagi memperkukuh daya saing perniagaan dalam era digital.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Coach Jamie atas perkongsian ilmu, pengalaman serta bimbingan yang amat bernilai, praktikal dan mudah difahami sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang dikongsikan berkaitan AI, digitalisasi dan pemasaran digital dapat dimanfaatkan oleh para usahawan untuk bekerja dengan lebih pantas, lebih cekap dan lebih bijak, sekali gus membantu mengembangkan perniagaan masing-masing serta meningkatkan daya saing dalam ekonomi digital.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
