KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI FUTSAL (LELAKI) 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI FUTSAL (LELAKI) 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

Disediakan Oleh : MLA, JBSN Sarawak SAMARAHAN, 14 Jun 2026 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti Bola Futsal (Lelaki) 2026 Peringkat Bahagian Samarahan telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh Bahagian Samarahan pada 13 Jun 2026 yang lalu bertempat di Gelanggang Futsal Tambirat Lot dan Gelanggang Futsal Tradisi. Kejohanan yang dianjurkan bertujuan untuk memperkasa pembangunan sukan komuniti serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola Futsal ini menyaksikan persaingan sengit dan penuh semangat kesukanan daripada semua pasukan yang bertanding. Selain menjadi platform pertandingan, kejohanan ini turut berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta. Dalam kejohanan tersebut, pasukan MIASSIM083 muncul sebagai johan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan. Tempat kedua pula disandang oleh Pasukan BUNGA RAYA, manakala pasukan SAMBAT FC dan XYZ U25 berkongsi kedudukan tempat ketiga. Pasukan-pasukan yang berjaya akan membawa cabaran Bahagian Samarahan ke Liga Sukan Komuniti Futsal (Lelaki) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai nanti. Kejayaan ini membuktikan bahawa sukan Futsal terus mendapat tempat dalam kalangan komuniti lelaki dan berpotensi melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #IhsanMADANI #HarungiBersama
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search