- JBS Sarawak
- Hits: 22
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.3/2026, PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 1 Julai 2026 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak Bahagian SarikeI. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh semua staf.
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan semua aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan NGO's. Mesyuarat turut membincangkan berkenaan tadbir urus kewangan, aset dan pentadbiran pejabat.
Pengerusi berharap agar staf sentiasa bekerja dengan lebih produktif dan peka terhadap kerja-kerja yang diamanahkan dan sentiasa bekerjasama dalam melakukan semua aktiviti dan pengurusan yang dilaksanakan pada tahun 2026 dan seterusnya.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
