- JBS Sarawak
- Hits: 25
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DATU RESIDEN BAHAGIAN SARIKEI BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA 2026 BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 2 Julai 2026 : Puan Jamaika binti Marciano bersama Encik Zulfadhli bin Leonardo, yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, telah mengetuai rombongan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dalam satu kunjungan hormat ke atas YBhg. Datu Michael Ronnie anak Langgong, Residen Bahagian Sarikei.
Kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan bertujuan mempersilakan YBhg. Datu Residen Bahagian Sarikei untuk berbesar hati mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Sarikei yang dijadualkan berlangsung pada 14 Julai 2026 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak, Bahagian Sarikei. Kunjungan ini turut menjadi platform bagi membincangkan persiapan serta mendapatkan pandangan dan sokongan YBhg. Datu Residen ke arah kelancaran pelaksanaan program tersebut.
Semoga segala perancangan MPBN bahagian Sarikei akan berjalan dengan lancar.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
