Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak KAPIT, 21 April 2026 – Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Beliau hadir melapor diri secara rasmi kepada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit pada 20 April 2026 bagi menggantikan Encik Martin Sherman Anak Minggu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang bertukar ke Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 13 April 2026 yang lepas. Warga PBSB Kapit amat berbesar hati menerima kehadiran beliau sebagai ahli keluarga baru pejabat ini. Semoga beliau dapat memberi komitmen dan dedikasi yang tinggi serta bersedia menggalas amanah dengan cemerlang.
KAPIT, 21 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kapit Cultural Festival (KCF) Bilangan 2, Tahun 2026 telah diadakan pada 16 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Kompleks Kerajaan Negeri Kapit. Kapit Cultural Festival adalah acara tahunan utama di Kapit dengan pelaksanaan aktiviti kebudayaan, kraf tradisional dan makanan tempatan. KCF dijadualkan berlangsung pada 17 – 24 Mei 2026 bertempat di Kapit Town Square.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Thomas Anak Geoffrey Kandawang, Pegawai Daerah Kapit. Mesyuarat kali ini memfokuskan pembentangan kertas kerja daripada setiap agensi dan NGO’s yang terlibat dan perbincangan berkenaan perancangan persiapan bagi setiap aktiviti. Di antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang festival berlangsung adalah seperti Perarakan Niti Daun, Pekit Beramban, Pekit Berpantun, Pertandingan Poco-Poco Etnik Kreatif, Pertandingan Ngajat Individu, Pekit Ngepan Anak Mit, Pekit Kumang Gawai Kapit dan Battle Of The Band.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, ketua-ketua jabatan dan persatuan dan kelab-kelab yang berkaitan.
BINTULU, 27 APRIL 2026: Satu perbincangan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Bintulu telah diadakan di SMK Tatau bersama Pengetua SMK Tatau dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu kelmarin.
Hasil perbincangan dan taklimat yang telah disampaikan kepada pihak sekolah, program sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Bintulu bakal dilaksanakan pada 11 Mei 2026 di Dewan Terbuka SMK Tatau.
Pihak pejabat merakamkan ribuan terima kasih atas kesempatan dan sokongan yang diberikan kepada pihak pejabat bagi menghangatkan lagi sambutan semarak hari belia tahun ini.
BINTULU, 28 APRIL 2026: Kejohanan Master Xiang Qi Kebangsaan secara rasmi membuka tirainya semalam 26 April 2026 dalam satu majlis perasmian yang berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pemain elit, jurulatih serta peminat sukan catur Cina dari seluruh negara.
Majlis perasmian disempurnakan oleh wakil Pegarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak En. Jeremy Anak Luguh Pegawai Belia Dn Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Dinner World Restaurant yang menegaskan komitmen berterusan dalam memperkasa sukan intelektual serta melahirkan lebih ramai pemain bertaraf profesional di peringkat antarabangsa.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah berperanan sebagai medan mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda. “Xiang Qi bukan sekadar permainan, tetapi satu seni strategi yang memerlukan ketajaman fikiran dan disiplin tinggi,” katanya.
Kejohanan Master Xiang Qi Kebangsaan ini menghimpunkan pemain terbaik negara termasuk juara negeri, pemain berpengalaman serta bakat muda yang sedang meningkat naik. Para peserta akan bersaing dalam beberapa pusingan pertandingan bagi merebut gelaran juara kebangsaan.
Seramai 32 orang peserta dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang berlangsung selama tiga hari di Li Hua Hotel Bintulu. Pada masa yang sama sesi penyerah replika cek Geran Padanan Sukan (GPS) sebanyak RM20,000.00 kepada Persatuan Xiang QI Negeri Sarawak telah disampaikan oleh En. Jeremy Anak Luguh Pegawai Belia Dn Sukan Bahagian Bintulu. Penganjur berharap kejohanan ini mampu mengangkat sukan Xiang Qi ke tahap lebih tinggi serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak BINTULU, 28 APRIL 2026: Pihak pejabat mendapat kunjungan daripada MAKSAK Medic Care. Dalam sesi tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pejabat belia dan sukan bahagian Bintulu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu pada Khamis lalu.
Dalam kunjungan tersebut turut diselitkan dengan penerangan dan taklimat daripada MAKSAK Medic Care berkaitan program kad perubatan sekeluarga dibawah majlis Kebajikan dan sukan anggota-anggota Kerajaan Malaysia. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan Kad perubatan keluarga sebagai pelan insurans atau perlindungan kesihatan yang meliputi seluruh ahli keluarga (suami, isteri, dan anak-anak) di bawah satu polisi. Ia biasanya digunakan untuk menampung kos rawatan hospital, pembedahan, dan kadang-kadang rawatan pesakit luar.
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 28 APRIL 2026 – “Perpaduan ummah tunjang silaturahim” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah persahabatan kukuh di antara kaum yang terdapat di Bahagian Limbang. Hujung minggu lalu telah berlangsung satu program yang dinamakan Limbang Agro Fun Run 5km bersempena Limbang Agrofest 2026. Program gilang gemilang ini yang bertempat di Lot 777, tempat letak kereta Limbang dan acara ini merupakan kerjasama antaraPejabat Pertanian Bahagian Limbang, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Kelab Sukan Rekreasi Pejabat Pertanian Limbang,Sport Gallery dan Kelab Ayam Kampung Berlusir .
Sejauh 5km larian santai dan lebih 400 peserta mengambil bahagian dalam acara tersebut dan agenda utama penganjuran fun run ini ialah untuk melibatkan dan mengeratkan lagi hubungan diantara masyarakat di Limbang yang berbilang kaum.
Larian ini dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Adun N79 Bukit Kota Limbang. Turut hadir dan menyertai acara adalah Kesemua Pegawai dari Pejabat Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. #TeamJBSN #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #ihsanMADANI #HarungiBersama #teampbsblimbang
BINTULU, 22 APRIL 2026: penyerahan sijil Kelab Sukan Lolume Football Club yang telah disampaikan oleh Encik Lister Bulin Anak July, seksyen sukan kepada pengerusi kelab sukan tersebut bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu pada Rabu lepas.
Pihak pejabat mengucapkan tahniah kepada Kelab Sukan Lolume Football dan berharap dapat mengadakan kolaborasi dan Kerjasama yang baik pada program masa akan datang.
LIMBANG, 28 APRIL 2026 – Minggu lalu telah berlangsungnya satu lawatan bagi Pemeriksaan Perlupusan aset Alih kerajaan untuk Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Pegawai yang terlibat dalam pemeriksaan ini ialah Encik Jeremy Anak Lugah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan Puan Stephanie Wendy Anak Stamford, Penolong pegawai belia dan Sukan Bahagian Miri. Terdapat 4 aset ICT di PBSB Limbang yang perlu dilupuskan kerana kerosakan dan tiada alat ganti di pasaran. Beliau berkata aset ict yang tidak boleh digunakan lagi atau tidak ekonomi untuk dibaiki haruslah dilupuskan kerana dapat menjimatkan kos penyelengaraan dan menjimatkan ruangan pejabat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu dalam proses Pemeriksaan perlupusan aset tersebut.
BINTULU, 28 APRIL 2026: Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Dan Sukan Negara Bil 3 Tahun 2026 telah berlangsung secara bersemuka di peringkat Jabatan manakala di Negeri dan Bahagian pula menggunakan platform google meet yang telah diadakan pada 13 April 2026 yang lalu.
Dalam perhimpunan tersebut, Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua kakitangan JBSN salah satunya menekankan etika kerja sebagai penjawat awam, perancangan program serta melaksanakan kerja secara efisien dalam sesuatu tugas yang diamanahkan.
Pengisian perhimpunan tersebut turut mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan kepada kakitangan, pertukaran dan kenaikan pangkat serta sambutan hari kelahiran kakitangan pada bulan Januari sehingga April.