- JBS Sarawak
- Hits: 27
Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (Aprm) Peringkat Negeri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Bengkel pemimpin baharu Anugerah Perdana Rakan Muda (APRM) peringkat negeri 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Auditorium Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada 18 - 20 Jun 2026 yang lalu. Turut menghadiri bengkel tersebut cik Diana Nuff Binti Abdel Aziz wakil daripada Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.
Program ini bertujuan melengkapkan pemimpin dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing peserta APRM mencapai tahap pengiktirafan yang ditetapkan.
Sepanjang program, para pemimpin didedahkan kepada kaedah pengurusan buku log, penilaian aktiviti, serta pelaksanaan komponen APRM yang merangkumi rekreasi fizikal, khidmat masyarakat, kemahiran, kepimpinan dan pengembaraan. Mereka juga diberikan panduan berkaitan peranan sebagai mentor dalam membantu pembangunan sahsiah dan potensi belia.
Pelantikan dan penglibatan pemimpin baharu ini diharapkan dapat memperluaskan pelaksanaan APRM serta meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti pembangunan diri dan komuniti. Inisiatif ini selaras dengan usaha melahirkan generasi belia yang berdaya tahan, berkemahiran dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
