- JBS Sarawak
- Hits: 22
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 Perkukuh Kerjasama Dalam Membanteras Penyalahgunaan Dadah
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Satu Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen pada selasa lalu. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan pelaksanaan program serta strategi memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan penyalahgunaan dadah di Bahagian Bintulu.
Mesyuarat tersebut menghimpunkan wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan penyalahgunaan dadah, penyelarasan pelaksanaan program pendidikan pencegahan, serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi dalam memastikan masyarakat, khususnya golongan belia, bebas daripada gejala dadah.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan program advokasi di peringkat komuniti, pemerkasaan peranan Jawatankuasa Antidadah di peringkat daerah dan kampung, serta usaha memperluaskan penglibatan pertubuhan belia, institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan dalam menjayakan agenda pencegahan dadah.
Mesyuarat turut menekankan kepentingan pendekatan secara menyeluruh melalui kerjasama pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta melahirkan komuniti yang sihat, sejahtera dan bebas daripada pengaruh dadah.
Diharapkan segala keputusan dan tindakan susulan hasil mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memperkukuhkan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah serta memastikan kesejahteraan masyarakat di Bahagian Bintulu terus terpelihara.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
