- JBS Sarawak
- Hits: 77
Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Meriahkan Komuniti Setempat
- JBS Sarawak
- Hits: 77
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat. Program ini dianjurkan bertujuan menggalakkan pembudayaan sukan, memupuk perpaduan komuniti serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Bagi edisi tahun 2026, pertandingan melibatkan beberapa acara sukan utama seperti futsal, bola jaring dan bola tampar (Lelaki) yang disertai oleh pasukan-pasukan komuniti setempat. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah berfungsi sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Angellie Stephen Raja, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak yang mewakili Yang Berhormat Ts. Johnny Pang Leong Ming, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.68 Tanjong Batu. Tetamu kehormat yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, urus setia, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta komitmen yang membanggakan. Kehadiran penyokong dan penduduk setempat turut memeriahkan suasana pertandingan sekali gus menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan sukan komuniti di daerah ini.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 diharap dapat terus menjadi platform yang berkesan dalam memperkasakan pembangunan sukan akar umbi, mengukuhkan perpaduan masyarakat serta melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu mengharumkan nama daerah, negeri dan negara pada masa hadapan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
