- JBS Sarawak
- Hits: 73
Perkongsian 10 Gaya Hidup Rakan Muda Perkasa Belia Miri Melalui Program Kem Smart Siri 3/2025
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah dijemput oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak untuk mengadakan perkongsian mengenai 10 Gaya Hidup Rakan Muda sempena Program Kem Smart Siri 3/2025 yang telah berlangsung pada 4 Oktober 2025 bertempat di 91 Beach Campsite, Miri.
Tujuan penganjuran kem ini adalah untuk menggerakkan belia di kawasan Berisiko Tinggi (KBT) selain melahirkan golongan belia yang berkemahiran tinggi, berwawasan serta berupaya menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan kesihatan dan bahaya dadah.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah diwakili oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford, Unit Pembangunan Belia dan Cik Amy Noryanti binti Eni, Unit Pembangunan Rakan Muda. Perkongsian yang disampaikan menumpukan kepada pengenalan Program Rakan Muda serta tatacara pendaftaran kelab belia dan sukan, di samping menggalakkan penyertaan aktif belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah.
Program seperti ini diharap dapat meningkatkan kesedaran belia mengenai kepentingan penglibatan aktif dalam aktiviti belia, sekali gus membina generasi yang berdaya saing, berwawasan dan bebas daripada pengaruh negatif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 73
