- JBS Sarawak
- Hits: 8
Penyelarasan Strategik Perkukuh Penyampaian Perkhidmatan JBS Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: Nfk, PBSB Sibu
KUCHING, 10 JULAI 2026 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri Mesyuarat Berkala Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bil. 3/2026 yang diadakan sebagai platform penyelarasan hala tuju jabatan serta pemantauan prestasi pelaksanaan program dan pengurusan di seluruh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian.
Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan pelaporan pelaksanaan program sehingga Jun 2026, perancangan program sehingga November 2026, serta pelaporan pengurusan perkhidmatan dan kewangan di setiap bahagian. Turut berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan serta Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi.
Mesyuarat ini menjadi medium penting dalam menyelaras hala tuju jabatan, memperkukuh tadbir urus organisasi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di semua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian. Melalui perkongsian pelaporan, perancangan strategik dan penyelarasan pengurusan, usaha berterusan dapat dilaksanakan bagi memastikan setiap inisiatif memberi impak yang optimum kepada pembangunan belia dan sukan, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa berkualiti, cekap, berintegriti dan berfokus kepada kecemerlangan.
#JBSNKomited #MalaysiaMadani #TeamJBSN #TeamKBS #JBSNSarawak #KBSMalaysia #PBSBSibu
