- JBS Sarawak
- Hits: 15
Perhimpunan Bulanan JBS Negeri Sarawak Perkukuh Budaya Integriti Dan Profesionalisme Warga Kerja
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: Nfk, PBSB Sibu
KUCHING, 10 JULAI 2026 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bil. 3/2026 yang berlangsung di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Dalam ucapan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, En. Lamat Anak Nyalau, menekankan kepentingan integriti dan kredibiliti sebagai teras utama dalam melaksanakan amanah sebagai penjawat awam. Beliau turut mengingatkan agar setiap warga kerja terus mengamalkan nilai profesionalisme, akauntabiliti dan semangat kerja berpasukan demi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
Semoga segala amanat yang disampaikan menjadi pemangkin kepada seluruh warga JBS untuk terus berkhidmat dengan dedikasi, berfikiran positif serta sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan di Sarawak.
#JBSNKomited #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
