- JBS Sarawak
- Hits: 17
PERHIMPUNAN BULANAN JBS SARAWAK MEMPERKASA BUDAYA INTERGRITI DAN PROFESIONALISME
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh: MCG,PBSBKPT
KUCHING, 10 JULAI 2026 - Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bil. 3/2026 yang berlangsung di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Dalam ucapan beliau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, En. Lamat Anak Nyalau, menegaskan bahawa integriti dan kredibiliti merupakan asas penting dalam memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam. Beliau juga menyeru agar setiap warga kerja sentiasa mengamalkan nilai profesionalisme, akauntabiliti serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
Semoga amanat yang disampaikan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga JBS untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, mengekalkan pemikiran yang positif serta komited dalam memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan di Sarawak.
#JBSNKomited #PBSBKPT #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
