- JBS Sarawak
- Hits: 62
MAJLIS NGILING BIDAI GAWAI DAYAK JBSNS ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK (KEBS)
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 11 JULAI 2025 – Malaysia mempunyai pelbagai keunikan adat budaya disebabkan oleh kepelbagaian etnik dan agama yang terdapat di negara ini. Adat dan tradisi ini mencerminkan kekayaan warisan budaya yang diwarisi dari generasi ke generasi.
Sarawak adalah merupakan salah satu negeri mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya serta sambutan perayaan. Salah satu perayaan yang diraikan ialah Hari Gawai Dayak.
Sebagai tanda perpaduan, saling menghormati di antara satu sama lain dan untuk mengeratkan ukhwah, Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KEBS) telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak JBSNS bersama-sama ahli kelab pada 8 Julai 2025 bertempat di Penview Hotel, Kuching. Majlis ini diadakan sebagai simbolik penutupan sambutan Hari Gawai Dayak yang telah disambut pada 1 Jun 2025.
Upacara Ngiling Bidai Gawai Dayak JBSNS telah disempurnakan secara rasmi oleh Yang Berusaha Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak merangkap penasihat kelab diiringi oleh Ketua Bahagian di Ibu Pejabat serta Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian. Beliau amat berharap agar majlis sebegini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ianya dapat mengukuhkan ukhuwah dan perpaduan sesama rakan setugas. Syabas dan tahniah kepada KEBS serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kali ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
- JBS Sarawak
- Hits: 62