- JBS Sarawak
- Hits: 18
DNC Mukah Beri Aksi Terbaik Dalam LSK Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 21 JULAI 2026 – Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 pada 17-18 Julai 2026 di Stadium Tertutup Datuk Kawada Kuching dan Arena Sukan Simpang 3, Kuching melabuhkan tirainya baru-baru ini menyaksikan penyertaan 6 pasukan dari bahagian Mukah dalam 3 kategori sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Tampar Lelaki, Bola Jaring Wanita dan Futsal Lelaki. Bola tampar lelaki telah diwakili CVC dan All Out, DNC dan PMU Riftborn mewakili bola jaring manakala bagi futsal lelaki pula telah diwakili FootsalTypo dan Sesuka FT.
DNC Mukah telah merangkul tempat ketiga bersama dalam kejohanan tersebut dengan aksi terbaik dan perlawanan sengit di peringkat separuh akhir yang dipamerkan mereka. Pasukan lain juga turut mempamerkan aksi terbaik dalam memberi saingan mereka kepada pasukan dari bahagian lain. Walau bagaimanapun mereka terkandas di pusingan suku akhir, 16 terbaik dan saingan tempat ketiga di peringkat kumpulan. DNC telah membawa balik hadiah wang tunai RM700.00 beserta pingat.
