- JBS Sarawak
- Hits: 96
SMK Kapit Wakil Sarawak Ke Pertandingan Inovasi Kitar Semula Sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2025
Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 22 Oktober 2025 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 orang anak muda daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit yang telah mewakili negeri Sarawak ke Pertandingan Inovasi Kitar Semula bagi program Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di Town Park, My Town Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 4 hingga 5 Oktober yang lalu.
Pertandingan ini telah diwakili oleh adik Arshavin Nigel Sibat Anak William, adik Darwin Danish Anak Geramong, adik Ryochi Rain Rassel dan diiringi oleh Guru Pengiring daripada SMK Kapit iaitu Encik Rommy Roy Nading. Objektif pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menyerlahkan kreativiti belia dalam menghasilkan produk inovatif melalui barangan terpakai. Ia adalah sebahagian daripada program Fiesta Rakan Muda yang lebih besar yang merangkumi pelbagai aktiviti lain untuk belia.
Daripada pertandingan ini, ketiga-tiga mereka telah menimba pengalaman serta menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain agar sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif di dalam menghasilkan inovasi daripada bahan kitar semula.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
- JBS Sarawak
- Hits: 96
