- JBS Sarawak
- Hits: 13
PROGRAM MDLA ONE HEALTH PROMOTION 2026: MDLA Car Free Day 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 28 Julai 2026 - Perbincangan awal Program MDLA One Health sempena MDLA Car Free Day 2026 anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Kelab Kecergasan Senamrobik Bandar Benak Simanggang pada 23 Julai 2026 yang dipengerusikan oleh Cik Audrey anak Chimbi, Pegawai Majlis Daerah Lubuk Antu.
Antara objektif program memberi pendekatan dan kesedaran yang merangkumi kesihatan komuniti, keselamatan komuniti serta kelestarian alam sekitar. Aspek ini akan di intergrasi menerusi pendidikan, perkongsian maklumat, serta kolaborasi strategik antara kerajaan dan masyarakat. Diharapkan segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
