- JBS Sarawak
- Hits: 10
PBSB SARIKEI MENYANTUNI SUKARELAWAN MYCORPS
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 22 Julai 2026 : Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohd Johari Abdullah bersama Encik Zulfadhli Leonardo, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda telah menyantuni Sukarelawan MyCorps di Airport Sibu. Seramai 5 orang peserta telah hadir ke Sarawak bagi misi melaksanakan projek MyCorps. Bahagian Rakan Muda (BPRM), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama strategik Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Kelab MyCorps sedangmelaksanakan Program Akademi MyCorps Edisi 2: Malaysia 2026 bermula dari 23 Julai hingga 28 Ogos 2026 bertempat di Rumah Bedali anak Kanyan, Nanga Ensering, Julau.
Program ini merupakan inisiatif pembangunan kepimpinan belia dan komuniti yang bertujuan melahirkan sukarelawan belia yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing, serta memiliki jati diri dan semangat kesukarelawanan yang tinggi. Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan komuniti di seluruh negara. Program ini memberi penekanan kepada bidang pendidikan,keselamatan makanan, kesihatan komuniti, Water, Sanitation & Hygiene (WASH),kelestarian alam sekitar serta pemerkasaan komuniti sejajar dengan aspirasi MalaysiaMADANI. Pada 23 Julai 2026, Encik Mohd Johari Abdullah akan membawa peserta MyCorps untuk membuat kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Julau bagu menerangkan maksud kehadiran mereka di Daerah Julau.
Selesai sesi kunjungan hormat, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah membawa peserta ke pasar Julau untuk diserahkan kepada wakil Tuai Rumah Bedali sebelum dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Nanga Ensiring.
Selamat berkhidmat kepada semua peserta MyCorps.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
