Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 JULAI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Mukah dan Kelab Belia Pekan Daro telah mengadakan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 pada 23 Julai 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Baru Mukah. Program yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah ini bertujuan untuk mendapatkan usul dan cadangan daripada agensi berkaitan, persatuan belia dan sukan bagi pembangunan belia di bahagian Mukah.
Dalam ucapan aluan pengerusi memaklumkan agar para belia tidak terlepas daripada merebut peluang yang telah disediakan kerajaan Sarawak selepas Pasca Covid-19 berkaitan Teknologi Hijau, Ekonomi Digital dan Inovasi. Selain itu, beliau turut menekankan komuniti belia dan setempat agar mengubah pemikiran bagi menggarap peluang yang telah disediakan oleh kerajaan sesuai dengan peredaran zaman.
Pembentangan Kertas Kerja mengenai hak-hak pengguna dari Pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Bahagian Mukah telah dibentangkan dalam sidang pertama dan diteruskan sidang kedua berkaitan usul dan cadangan daripada ahli yang hadir. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datu Kueh Lei Poh, Residen Mukah kerana telah mempengerusikan majlis perundingan dan semua ahli-ahli perundingan yang dapat menghadirkan diri. Hadir sama ke program tersebut Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 36