- JBS Sarawak
- Hits: 18
KEJOHANAN TENPIN BOWLING LIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: RJH, JBSN SARAWAK
KUCHING, 2 Ogos 2026 – Kejohanan Tenpin Bowling Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berlangsung meriah di Megalanes Sarawak, Batu Kawa.
Bagi kategori wanita, Puan Datang Asmah muncul johan dan menerima RM500, diikuti Puan Hajah Hatipah sebagai naib johan dengan RM300. Tempat ketiga dimenangi Puan Iyliana yang menerima RM200, manakala Puan Lety Hamid menduduki tempat keempat dengan RM100.
Kategori lelaki menyaksikan Encik Shukor meraih johan dan RM500, Encik Mohd Al Amin naib johan dengan RM300, Encik Wagiman Kassim tempat ketiga dengan RM200, serta Encik Shafee tempat keempat dengan RM100.
Hadir memeriahkan kejohanan ialah Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak; Encik Abitt Nunong, Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran JBSN Sarawak; Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Sarawak; serta Encik Fazreen Fazuan, Setiausaha Persatuan Tenpin Bowling Negeri Sarawak (ABAS).
Semua pemenang akan mewakili Negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan dan membawa cabaran negeri dalam kejohanan tersebut. Kejohanan ini turut menggalakkan gaya hidup aktif, sihat dan berdaya saing dalam kalangan warga emas.
#JBSNBersama
#TeamSukan
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
